ADVERTISEMENT

Showing posts with label autism spectrum disorder/learning disorder. Show all posts
Showing posts with label autism spectrum disorder/learning disorder. Show all posts

Wednesday, October 21, 2009

akan bersambung…

bukan sesuatu yang senang… nak di alih bahasa. Perlunya berfikir sedalam-dalamnya supaya informasi yang diberikan tidak disalah tafsir..

Skopnya sebegitu luas, tiada titik noktah… apapun, ia bukan sesuatu yang boleh ditolak ketepi… generasi akan datang. Kehidupan anak-anak kita…

akan kembali menulis di ruangan ini…

Monday, July 27, 2009

Kromosom X yang lemah…

... dari sel-sel yang tak cukup sifat, kita mengandaikan juga adanya sel yang lemah atau kromosom Xnya yang lemah. makanya ia dipanggil 'Sindrom Fragile X'. Boleh dikatakan disinilah berpuncanya permasalahan. Fragile X ini menimbulkan masalah yang meluas. Banyak jenis kecacatan bermula dari kromosom X yang lemah ini.

Gen yang berkait secara langsung dengan sindrom 'fragile' X namanya FMR1 (Fragile X Mental Retardation 1). Antara yang sering didiagnosis berkaitan sindrom ini ialah Autism Spektrum dan Sindrom Down....

'Link' yang tersenarai di bawah boleh membantu anda memahami 'Fragile X' dengan lebih mendalam. Saya mengesyorkan anda membacanya:

Genetics Home Reference  http://ghr.nlm.nih.gov/condition=fragilexsyndrome

Centers for Disease Control and Prevention http://www.cdc.gov/features/fragilex/

Fragile X Syndrome    http://www.ygyh.org/fragx/whatisit.htm

 

ia tidak terjadi semalaman...

'Fragile X' kebiasaannya adalah melalui keturunan...  (recessive/dominant inheritance) pembawanya, sesiapa sahaja. Gen yang cacat apabila bercantum dengan gen pasangannya berkebarangkalian diturunkan kepada generasi terkemudian. Walaupun, kecacatan tidak menyerlah serta-merta pada keturunan yang sedia ada, ia boleh timbul pada mana-mana generasi, bila-bila saja. recessive genes chart4

moyang –>

atuk/nenek –>

ibubapa –>

anak-anak –>

 

              recessive genes chart7     image

image

      image   image  

  recessive genes chart1image   

Bacalah juga dari sini:

What is an allele?      image

 

  Geimagenetics of infectious diseases

 

 

 

 

 

 

Genetics-Health  http://www.genetics-health.com/

DOMINANT AND RECESSIVE CHARACTERISTICS

 

 

 KNOWLEDGE IS POWER…  SEEK KNOWLEDGE!

Thursday, July 2, 2009

Genetik…

Ha!!! Mari kita belajar sains plak… (mana-mana doktor yang membaca blog saya ni, sekiranya ada silap, perbetulkanlah. Saya cuma berkongsi pengetahuan)

OK.. Genetik; ianya adalah pengajian tentang sifat biologi serta keturunannya. imageSemuanya dikodkan pada gen, yang mana ia adalah rangkaian ‘nucleic acids’ atau yang biasa kita dengar ‘DNA’. Pada kod-kod inilah terteranya informasi tentang apa yang diperlukan untuk menghasilkan protin yang membentuk sel-sel.

Setiap satu sel yang normal/sihat mengandungi 23 pasangan kromosom. imageKromosom pula mengandungi gen yang punya rakan sejawatnya/lawan.. ala… geng dialah!! kan semuanya dijadikan berpasang-pasang… ada pasangan gen yang menonjol dan ada yang tidak.. Pasangan gen nilah yang menentukan karektor yang diwarisinya… Pendek kata;

gen –> kromosom –> sel.

Kuasa Allah…. subhanallah…



(imej sel dan kromosom)image image

OK.. part birds and bees. (dulu masa cikgu ajar segan-segan… tak nak dengar… ) Kita ni terdiri dari berjuta-juta lemon… sel… heheh. Asalnya, terjadi bila berlakunya persenyawaan antara telur dari si ibu dan sperma dari si bapa, maka bermulalah suatu ‘kehidupan’. Orang ke, binatang mahupun pokok… lebihkurang tulah konsep dia.. sekarang ni kita blog pasal orang….

(gambar dari web..  sel darah, neuron dan berjenis sel dalam badan kita)

image image

image image

image image

Sel yang terlibat dalam reproduksi ni lain sikit. Biasanya dia ‘beranak’ menjadi dua di mana yang satu lagi, sebiji macam yang asal… ini dipanggil ‘mitosis’. Proses ni menentukan mata, kulit, rambut dan semua bahagian badan yang lain. (http://www.usd232.org/education/components/scrapbook/default.php?sectiondetailid=8492)

image

Gambarajah di atas ialah proses pembahagian sel – mitosis san meiosis

Yang lagi satu dipanggil ‘meiosis’. Yang ini, setiap satu kromosom dalam sel mencari pasangannya(sex cells), kemudian berpisah menjadi sel yang baru dengan pasangannya…. Tiap satu sel sepatutnya masih mempunyai 23 pasangan kromosom. Salah satu dari 23 pasang kromosom tulah yang menentukan jantan/betina janin.

image

Dari telur orang pompuan, pasangan kromosomnya ialah XX manakala dari sperma lelaki pasangan kromosomnya ialah XY. Maka, bila terjadi persenyawaan dan pembahagian sel berlaku melalui kaedah ‘meiosis’, yang pompuan sah-sah bawa kromosom X dan lelaki boleh jadi X atau Y…. tulah yang jadi anak lelaki (X + Y) atau pompuan (X + X). {Yang menentukan anak ialah si Ayah!!! Tahniah!}

image

Pendekkan cerita, bila ada sel yang tak sihat atau lebih terperincinya apabila ada kromosom X yang tidak cukup sifat, itu antara punca-punca terjadinya kecacatan. Sekiranya kromosom X yang cacat itu diwarisi oleh janin perempuan, kromosom X yang lagi satu mungkin boleh cover line…. tapi kalau yang mewarisi adalah janin lelaki…. kromosom Y, tak dapek nak nolong.

Wednesday, July 1, 2009

‘AUTISM’ TU APA?

Mengikut buku-buku yang dibaca… kursus-kursus yang diikuti…ada yang kata; autisma bukanlah sejenis penyakit tetapi kecacatan. Kecacatan?? yang macam mana? well…

dalam otak manusia terdapat banyak neuron yang tugasnya mengatur gerak langkah, kesinambungan sesuatu perbuatan… ala.. segala-galanya kan bermula dari otak kita! Ertikata lain ialah gangguan neuro-biologi. Jadi, seorang ‘autism’ mempunyai neuron-neuron yang tidak berfungsi… tak ada connection! (https://my.unisa.edu.au/unisanet/Resources/101766/Online%20Brain%20Development%20course/Topic%201/Lecture.htm)

Jadi, apabila ini berlaku, maka proses perkembangan otak akan bemasalah. Dari sini ia berkait dengan komunikasi dan pergerakan, pergaulan…. kehidupan/pembelajaran.

Autisma berkait rapat dengan genetik. Bagaimana? adalah satu persoalan yang masih belum terjawab…. tetapi berkemungkinan kerana kerosakan sel (mutasi) dan logiknya apabila terlalu banyak sel-sel rosak yang bersatu pastilah menjadi penyebab kepada ketidaksempurnaan…

Tuesday, June 30, 2009

Autism Spectrum Disorder/Learning Disorder

Kejadian 1

Sambil aku duduk melepak kat mall…. tetiba berlari-lari budak lelaki dalam lingkungan umur enam tahun mendekati seorang gadis manis dan…. *tuuut* Alamak!!! (kah! kah! kah!) merah padam muka si gadis manis… tergamam!

Dalam pada tu… datang pula bibik Indon mengejar dan meyentap tangan si anak tadi sambil membebel-bebel… mukanya merah padam juga! Si Bibik menarik si anak mengejar majikannya, langsung hilang di tengah-tengah orang ramai….

Si anak kecil tadi… meraba buah dada si gadis… hmmmm…

#Komen kita?: “ish! apalah yang diajar kat budak tu??”

Kejadian 2

Kat shopping mall jugalah… sambil berjalan-jalan cuci mata… tetiba, menjerit seorang budak.. umurnya lebih kurang sembilan tahun… bukan menjerit minta tolong!! menjerit tak puas hati, marah… dah tu dia mendekati dinding, dihentuk-hentuk kepalanya ke dinding!! Astaghfirullahaladziiim….

Ibunya memeluk sambil memujuk…. lalu beredar…

#Komen kita?: “Ya Allah!!! Camner besarkan anak?? Spoilt brat!!”

Kejadian 3

Kat tempat kanak-kanak bermain…. seorang anak berumur lebihkurang lima tahun.

Ya ampun!!! Lasaknya…. tak reti duduk diam, panjat sini, loncat sana, usik ini, rempuh situ…. bapanya pulak… dengan berpeluk tubuh berdiri dari jauh jer… warning kat anaknya…. tak di apiknya pun. Jeling tidak, bersuara tidak…. buat hal dia jer dengan selamba.

#Komen kita?: “eemmppphhh!!! nakalnya….”

Biasa jumpa?? Ada kot…. kamen yang sama??? hmmmm.. lazimnya.

Selepas itulah, banyak lagi pengalamanku dengan kanak-kanak gini… makin lama makin kuat naluriku untuk mendekati… untuk mengetahui dan memahami. Kenapa? Mengapa? Apa tu???? Anak istimewa? Eh! Muka cantik, comel…. besar nanti pasti cun/handsome! takkanlah…. tak nampak pun cacatnya… istimewa tang mana???

Aku mula bertanya…. tak faham! Mendekati…. dan akhirnya mempelajari, apakah ini?

Kini, segala pengetahuan yang ada, ingin kukongsi besama… biar ramai yang tahu, supaya kita membantu, membentuk anak-anak… pemimpin akan datang….

Related Posts with Thumbnails

ADVERTISEMENT

Locations of visitors to this page