Kejadian 1
Sambil aku duduk melepak kat mall…. tetiba berlari-lari budak lelaki dalam lingkungan umur enam tahun mendekati seorang gadis manis dan…. *tuuut* Alamak!!! (kah! kah! kah!) merah padam muka si gadis manis… tergamam!
Dalam pada tu… datang pula bibik Indon mengejar dan meyentap tangan si anak tadi sambil membebel-bebel… mukanya merah padam juga! Si Bibik menarik si anak mengejar majikannya, langsung hilang di tengah-tengah orang ramai….
Si anak kecil tadi… meraba buah dada si gadis… hmmmm…
#Komen kita?: “ish! apalah yang diajar kat budak tu??”
Kejadian 2
Kat shopping mall jugalah… sambil berjalan-jalan cuci mata… tetiba, menjerit seorang budak.. umurnya lebih kurang sembilan tahun… bukan menjerit minta tolong!! menjerit tak puas hati, marah… dah tu dia mendekati dinding, dihentuk-hentuk kepalanya ke dinding!! Astaghfirullahaladziiim….
Ibunya memeluk sambil memujuk…. lalu beredar…
#Komen kita?: “Ya Allah!!! Camner besarkan anak?? Spoilt brat!!”
Kejadian 3
Kat tempat kanak-kanak bermain…. seorang anak berumur lebihkurang lima tahun.
Ya ampun!!! Lasaknya…. tak reti duduk diam, panjat sini, loncat sana, usik ini, rempuh situ…. bapanya pulak… dengan berpeluk tubuh berdiri dari jauh jer… warning kat anaknya…. tak di apiknya pun. Jeling tidak, bersuara tidak…. buat hal dia jer dengan selamba.
#Komen kita?: “eemmppphhh!!! nakalnya….”
Biasa jumpa?? Ada kot…. kamen yang sama??? hmmmm.. lazimnya.
Selepas itulah, banyak lagi pengalamanku dengan kanak-kanak gini… makin lama makin kuat naluriku untuk mendekati… untuk mengetahui dan memahami. Kenapa? Mengapa? Apa tu???? Anak istimewa? Eh! Muka cantik, comel…. besar nanti pasti cun/handsome! takkanlah…. tak nampak pun cacatnya… istimewa tang mana???
Aku mula bertanya…. tak faham! Mendekati…. dan akhirnya mempelajari, apakah ini?
Kini, segala pengetahuan yang ada, ingin kukongsi besama… biar ramai yang tahu, supaya kita membantu, membentuk anak-anak… pemimpin akan datang….