‘Mengikut buku-buku yang dibaca… kursus-kursus yang diikuti…ada yang kata; autisma bukanlah sejenis penyakit tetapi kecacatan. Kecacatan?? yang macam mana? well…
dalam otak manusia terdapat banyak neuron yang tugasnya mengatur gerak langkah, kesinambungan sesuatu perbuatan… ala.. segala-galanya kan bermula dari otak kita! Ertikata lain ialah gangguan neuro-biologi. Jadi, seorang ‘autism’ mempunyai neuron-neuron yang tidak berfungsi… tak ada connection! (https://my.unisa.edu.au/unisanet/Resources/101766/Online%20Brain%20Development%20course/Topic%201/Lecture.htm)
Jadi, apabila ini berlaku, maka proses perkembangan otak akan bemasalah. Dari sini ia berkait dengan komunikasi dan pergerakan, pergaulan…. kehidupan/pembelajaran.
Autisma berkait rapat dengan genetik. Bagaimana? adalah satu persoalan yang masih belum terjawab…. tetapi berkemungkinan kerana kerosakan sel (mutasi) dan logiknya apabila terlalu banyak sel-sel rosak yang bersatu pastilah menjadi penyebab kepada ketidaksempurnaan…