ADVERTISEMENT

Thursday, July 2, 2009

Genetik…

Ha!!! Mari kita belajar sains plak… (mana-mana doktor yang membaca blog saya ni, sekiranya ada silap, perbetulkanlah. Saya cuma berkongsi pengetahuan)

OK.. Genetik; ianya adalah pengajian tentang sifat biologi serta keturunannya. imageSemuanya dikodkan pada gen, yang mana ia adalah rangkaian ‘nucleic acids’ atau yang biasa kita dengar ‘DNA’. Pada kod-kod inilah terteranya informasi tentang apa yang diperlukan untuk menghasilkan protin yang membentuk sel-sel.

Setiap satu sel yang normal/sihat mengandungi 23 pasangan kromosom. imageKromosom pula mengandungi gen yang punya rakan sejawatnya/lawan.. ala… geng dialah!! kan semuanya dijadikan berpasang-pasang… ada pasangan gen yang menonjol dan ada yang tidak.. Pasangan gen nilah yang menentukan karektor yang diwarisinya… Pendek kata;

gen –> kromosom –> sel.

Kuasa Allah…. subhanallah…



(imej sel dan kromosom)image image

OK.. part birds and bees. (dulu masa cikgu ajar segan-segan… tak nak dengar… ) Kita ni terdiri dari berjuta-juta lemon… sel… heheh. Asalnya, terjadi bila berlakunya persenyawaan antara telur dari si ibu dan sperma dari si bapa, maka bermulalah suatu ‘kehidupan’. Orang ke, binatang mahupun pokok… lebihkurang tulah konsep dia.. sekarang ni kita blog pasal orang….

(gambar dari web..  sel darah, neuron dan berjenis sel dalam badan kita)

image image

image image

image image

Sel yang terlibat dalam reproduksi ni lain sikit. Biasanya dia ‘beranak’ menjadi dua di mana yang satu lagi, sebiji macam yang asal… ini dipanggil ‘mitosis’. Proses ni menentukan mata, kulit, rambut dan semua bahagian badan yang lain. (http://www.usd232.org/education/components/scrapbook/default.php?sectiondetailid=8492)

image

Gambarajah di atas ialah proses pembahagian sel – mitosis san meiosis

Yang lagi satu dipanggil ‘meiosis’. Yang ini, setiap satu kromosom dalam sel mencari pasangannya(sex cells), kemudian berpisah menjadi sel yang baru dengan pasangannya…. Tiap satu sel sepatutnya masih mempunyai 23 pasangan kromosom. Salah satu dari 23 pasang kromosom tulah yang menentukan jantan/betina janin.

image

Dari telur orang pompuan, pasangan kromosomnya ialah XX manakala dari sperma lelaki pasangan kromosomnya ialah XY. Maka, bila terjadi persenyawaan dan pembahagian sel berlaku melalui kaedah ‘meiosis’, yang pompuan sah-sah bawa kromosom X dan lelaki boleh jadi X atau Y…. tulah yang jadi anak lelaki (X + Y) atau pompuan (X + X). {Yang menentukan anak ialah si Ayah!!! Tahniah!}

image

Pendekkan cerita, bila ada sel yang tak sihat atau lebih terperincinya apabila ada kromosom X yang tidak cukup sifat, itu antara punca-punca terjadinya kecacatan. Sekiranya kromosom X yang cacat itu diwarisi oleh janin perempuan, kromosom X yang lagi satu mungkin boleh cover line…. tapi kalau yang mewarisi adalah janin lelaki…. kromosom Y, tak dapek nak nolong.

Related Posts with Thumbnails

ADVERTISEMENT

Locations of visitors to this page